Friday 6 September 2013

smile ^__^


bismillahirrahmanirrahim...

Sahabat-sahabat perasan tak,
kadang kala Allah tak bagi apa yang kita mahu, kita akan sedih.

Kita minta benda baik, tapi Allah tak bagi.
Kita dah niat baik2 dalam hati, tapi Allah tak bagi.
Kita dah usaha baik2, tapi tetap Allah tak bagi.

Jap, cuba hayati ayat ini :

" Jika kamu bersyukur maka Aku (Tuhan) akan menambah (nikmat) itu kepada kamu. Dan jika kamu ingkar maka sesungguhnya seksa Aku amat pedih.” – (Surah Ibrahim, ayat 7)

Subhanallah, terdiam sebentar.

Cemburu? Kita semua tak sama. Setiap manusia mesti mempunyai cara tersendiri bagaimana dianugerahi rahmat Allah. Allah Maha Adil atas tiap-tiap sesuatu.

Dah usaha banyak2, Allah tak nak bagi? sebab Dia tak nak kita jauh dari-Nya. Dia nak kita baiki hubungan kita dengan-Nya. Apabila diberi teguran daripada Allah, baru kita sedar.

Jadi, kita sebagai hamba Allah yang sedang berusaha nak jadi baik :

Positifkan Diri
Doa lagi
Usaha lagi
Jaga Hubungan dengan Allah
Jaga Hubungan dengan Manusia

Ingatlah, Allah tak bagi apa yang kita mahukan, sebab Allah tahu apa yang kita perlukan. Sebab...

Allah Sayang Kita
Allah Pelihara Kita

Senyum :')



3 comments:

  1. Pertolongan Tuhan tidak semestinya datang terlalu cepat atau terlalu lambat, tapi selalunya ia akan datang pada masa yang tepat!

    ReplyDelete
  2. DOne following! Btw, nice blog!!

    ReplyDelete