Saturday 6 July 2013

@___@



Assalamualaikum…

Awak..
bukan saya tidak mahu memandang wajah awak..
tapi saya berdoa agar wajah ini menghiasi hari2 nanti..
hari2 yang pasti..

bukan saya tidak mahu melirik senyuman pd awak,
tp saya selalu tersenyum didalam hati,.
agar senyuman ini 'mahal' dihari cincin di sarungkan di jari,

bukan saya tidak mahu bertanyakan khabar pd awak..
tetapi saya sering mendoakan agar satu hari nanti,.
saya tak perlu bertanyakanya dan saya sentiasa merasai..
di hari2 yang pasti..

bukan saya tidak mahu bercakap dgn awak,
tapi saya ingin menghabiskan bicara2 saya..
tika mana saya dan awak 'bukan' lg 'saya' dan 'awak'..
di hari2 yg pasti...

bukan saya tidak mahu mesej dgn awak..
tapi bimbang Allah menarik kenikmatan ini di hari2 yg pasti,
tika itu mungkin Allah menarik nikmat cinta duniawi yg dinikmati di waktu ini,

bukan saya tidak ingin memandang wajah awak..
tp,saya bimbang wajah ini tidak akan lg memberikan senyuman di setiap pagi,
di hari2 yg pasti...

bukan saya tidak ingin memandang senyuman awak..
tp saya bimbang senyuman ini pudar dan layu,.
di hari2 yang pasti..

awak yakinlah,
percayalah...

bukan saya tidak ingin mengatakan rindu pada awak,
tetapi rindu tika ini tidak akan membawa kepada rindu saya pada ilahi..
kerana ia bukan hari2 yang pasti...

bukan saya tidak ingin mengatakan mencintai awak,
tapi saya tahu cinta saat ini tidak juga membawa kepada cinta saya pada ilahi,
kerana ia bukan hari2 yang pasti..

kerana ia bukan dihari2 yang pasti,
saya tidak mahu agar hati saya dan awak mati..
lalu mematikan hubungan saya atau awak dengan ILAHI..

awak intailah sebentar hari2 yang pasti.. tika itu,andai saya jatuh awak menghulurkan tgn untuk memberi saya.. harapan,tika saya kesedihan awak bersedia untuk tersenyum disisi dn menggembirakan.. tika saya berseorangan awaklah teman., tika saya kelalaian awaklah yang mengingatkan.. tika itu,saya dan awak..
bukan lah 'saya’ dan ‘awak'lagi...
kerana..

ia adalah hari2 yang pasti..
berdoalah untuk hari2 yang pasti,

hari2 yang pasti bagi mereka yang menyandarkan harapan pada jalan kebenaran..
dan itulah jalan yang telah islam berikan...

selamat malam awak..


moga kita dipermukan nanti,dihari2 yang pasti,seperti yang Allahu Rabbi telah janji.. bagi mereka yang mana hati2nya tidak mati dihari2 yang tidak pasti..

*********************************************************
"Ya Allah, andai aku rindu, biarlah rinduku bersulam taqwa. Andai aku sayang, biarlah sayangku kerana akhlak dan agamamu.. Amin :)



No comments:

Post a Comment