Tuesday, 9 July 2013

di hari lahirku



assalamualaikum...

hari ini hari lahir saya..alhamdulillah..syukur pada Allah kerana saya masih bernafas dan mencapai umur ini..
syukur kerana di beri peluang untuk menuju ke arah yg lebih baik..semoge aq berjaya dlm hidup dan diberi kesihatan yang baik...

time kasih atas ucapan dari kwn2 yg wish kt saya, mendoakan saya terutama my oppa...awk adlah org pertama yg wish kt saye..hehehe..tq :))



Ya Allah, tuhan sekalian alam, tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, yang Maha Pengampun lagi Maha Mengatur segala sesuatu. Ampunkan dosaku, dosa kedua ibu bapaku, dosa para muslimin dan muslimat serta dosa umat Islam seluruh dunia. Pada ulangtahun hari lahirku ini, aku memohon ke hadratMu agar Engkau panjangkan umurku jika hidup ini baik buatku, matikan aku jika hidup ini buruk untukku, tambahkan rezekiku jika masih ada rezeki untukku, kuatkan dan kukuhkan imanku seperti Rasulullah S.A.W, berkatilah segala pekerjaan yang bakal dikerjakan aku, hindarikanlah aku dari segala perkara yang menjerumus aku ke arah maksiat dan dosa, jauhi aku dari segala fitnah dan hasad dengki, berikanlah aku kesabaran dan kekuatan agar aku dapat menghadapi segala dugaan dariMu dan ia dapat menghapus dosa-dosaku. Ya Rabb, jadikanlah akhlakku, imanku dan solatku  seperti junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W agar tiada manusia yang sakit keranaku. Engkau tuhan yang Maha mengetahui segala sesuatu, tuhan yang telah meletakkan takdirku di Luh Mahfuz, aku pohon moga Engkau sentiasa memberi hidayahMu agar aku tidak sesat di dunia yang penuh dengan kezaliman ini. Jadikanlah aku seorang yang sentiasa bersyukur denganMu. Ya Allah, ampunkanlah segala dosaku, jika Engkau tidak mengampunkan aku maka bakarlah aku di dunia ini agar aku terlepas siksa akhiratMu. Amin ya rabbal alamin.




2 comments:

  1. Aamiin... Selamat hari ulang tahun ya, dear. Semoga segala doa dan impian awak diberkati ALLAH selalu. Semoga jadi orang yang berjaya dunia dan akhirat. Oh, dan selamat berpuasa juga... =)

    ReplyDelete